Sunday, November 10, 2013

Ayat cinta dari ALLAH

Bismillahirahmanirahim..YA ALLAH LANCARKANLAH DAN PERMUDAHKANLAH URUSAN HIDUPKU DIDUNIA JUGA DI AKHIRAT.

Assalamualaikum,mira doakan kalian2 yang membaca entry ni semuanya dalam keadaan tenang dan gembira sentiasa.

Pernah tak korang rasa terbeban?Terbeban dengan masalah  sekeliling korang? Saya rasa kita semua pernah rasa perasaan "terbeban"  kan?Saya pun termasuk dalam golongan tu juga. 



Bila perasaan terbeban tu datang dalam diri kita,mesti kita rasa resah ?Lepas tu,mesti kita rasa nak mengadu kat seseorang .

Mulalah disaat tu kita ingat mak/ayah,suami/isteri ataupun kawan2 kita.Tak salah untuk mengadu pada mereka,tapi apa yang mereka cuma mampu lakukan adalah memberi kata2 sokongan dan mencadangkan beberapa langkah untuk korang menyelesaikan "bebanan"  itu,lepas memberitahu mereka semua bebanan yang korang tanggung, korang akan berasa sedikit lega,tidak sepenuhnya lega!!tahu tak kenapa ia tak sepenuhnya lega?Sebab kita semua TERLUPA nak mengadu "bebanan" yang korang tanggung tu dekat  ALLAH.ALLAH yang maha MENDENGAR,DIA takkan pernah BOSAN untuk dengar apa yang kita nak adukan,bahkan DIA benar2 ingin menolong kita 

Kata ALLAH  dalam suroh AL-Baqaroh ayat 186(Maksudnya):

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang AKU,Maka (jawablah),bahawasanya AKU adalah dekat.AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran."




So, mulai hari ni jika kita rasa terbeban terus je mengadu kat ALLAH . Sebab ALLAH sahaja yang mampu menyelesaikan semua bebanan kita.

Do share some comments below there :)Semoga ikatan ukhuwah terus terjalin.





Thursday, November 7, 2013

Susahnya untuk terus beristiqomah

Bismillahirahmannirahim..YA ALLAH LANCARKAN LAH DAN BERIKANLAH KEMUDAHAN  DALAM URUSAN HIDUPKU DIDUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT

Assalamualaikum,kalo tak jawab dapat dosa free,kalo jawab tandanya sayang :')
we as a muslim should love each other,mana yang kurang harap ditegur bukannya dikutuk.

Firstly,jangan lupa baca bismillah,selawat sebelum memulakan setiap pekerjaan kita hari ni ye.Sebab saya pernah dengar kata2 seorang ustaz ,beliau berkata,jika pada permulaan pekerjaan kita tidak membaca  BISMILLAH,maka terputusalah rahmat ALLAH pada pekerjaan tersebut,maksudnya kita akan rasa sukar dalam menyelasaikan urusan kita disebabkan tiada rahmat dalam kata lain tiada pertolongan daripada ALLAH .SO banyak2 kan baca BISMILLAH


OK,saya teruskan apa yang saya nak tulis ,tadi tu baru mukadimmah...hehehe

SUKARNYA UNTUK ISTIQOMAH MELAKUKAN PERUBAHAN

Ye,istiqamah untuk sentiasa dekat dengan ALLAH itu amat susah.Itulah yang saya hadapi.Kadang2 tu sampai saya berlawan dengan diri saya sendiri,bukanlah maksud nya saya bertumubuk atau bagi penampaq kat diri sendiri -_-" tapi lebih kepada 50% diri saya nak kebaikan dan 50% nak seronok-seronok yang tak membawa apa-apa manfaat.

OK,mari saya tunjukkan contoh situasi "pergolakan dalam diri " yang saya hadapi

Situasi 1:
rasa macam nak tengok cerita korea lah,tapi saya tahu tengok cerita korea tu salah."Ishh dia ni,tengok cerita korea pun salah -_-",mesti ada yang berkata begini bukan? ok nak tahu tengok cerita korea tu salah atau  betul cuba baca bismillah sebelum kita layan drama/movie korea ,apa yang kita rasa dalam hati?Mesti rasa serba salah bukan nak nengok cerita  korea tu,sebab apa?? sebab dalam cerita korea tu adanya scene2 yang menonjolkan kepada kita benda2 yang dilarang oleh ALLAH,contohnya SCENE PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN!!Ye,saya tahu anda sedar hakikat mengenai perkara itu .
Macam mana cerita korea boleh effect istiqamah kita ke arah kebaikan? Sedar tak sedar sebenarnya nya apa yang kita lihat dengan mata kita itu boleh memberi kesan kepada hati kita,kalau kita lihat benda2 yang tak baik ,makanya hati kita juga akan jadi tak baik.Bila hati kita tak baik,macam mana kita nak dapat hidayah ALLAH untuk terus istiqomah mendekati DIA.

UNTUK TERUS BERJAYA MELAKUKAN ISTIQOMAH KEARAH KEBAIKAN KITA PERLU

  1. Tambahkan ilmu yang bermanfaat, jangan pernah berasa cukup dengan ilmu yang kita ada,berguru dengan guru2 yang bertauliah dan baca lah bahan bacaan yang yakin akan kesasihannya.
  2. Berkawan lah dengan orang-orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH,seperti kata2 seorang cendiakawan yang saya dengar melalui radio ikim,kita ada dua orang kawan iaitu ALLAH dan orang mengingatkan kita kepada ALLAH.
  3. Ikhlas melakukan istiqamah kearah kebaikan kerana ALLAH.Setiap kebaikan,amal ibadah itu DILAKUKAN KERANA ALLAH.Ingat!! ALLAH hanya menerima amal ibadah dan perkara kebaikan yang dilakukan kerana DIA.
  4. Mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT.Berdoalah kepada ALLAH,kerana DOA itu senjata paling kuat umat islam.




5. Yakinlah bahawa ALLAH maha PENGASIH lagi maha PENGAMPUN.Setiap kali kita lakukan dosa,cepat2 beristighfar,PERCAYA ALLAH itu Maha PENGAMPUN,kerana sememangnya ALLAH itu maha PENGAMPUN.





6. Jadikan ayat AL-QURAN sebagai motivasi hidup.Jadikan kata2 ALLAH yang PALING JUJUR diantara orang2 yang jujur itu sebagai kekuatan kita untuk terus istiqomah kearah kebaikan

Saya doakan supaya setiap amal kebaikan dan ibadah kita diterima ALLAH.Semoga dengan amal kebaikan dan ibadah yang diterima itulah antara sebab kita terus tergolong dalam golongan orang yang mendapat hidayah .AMIN :)

#time kasih sudi baca entry saya,sama2 kita kongsi ilmu ye,do drop some comments below there,sama2 kita jalinkan ikatan ukhuwah known as friendship