Monday, October 29, 2012

Review:Biore aqua rich water base spf 50+PA+++

Biore memang salah satu jenama sunblock untuk muka yang saya prefer sebab kualiti nya yang bagus dengan harga yang berpatutan.Sunblock dari jenama biore ni memang sangat cepat meresap kedalam kulit muka dan yang paling penting bila kita pakai compact powder selepas menggunakan sunblock ni,kulit kita tidak akan kelihatan bercapuk.

Ini lah "packaging" sunblock biore aqua rich water base spf 50+PA+++
Sunblock ni saya beli dekat watsons,harganya pula dalam rm 32.90
Disebabkan "packaging"dia yang kecik,sunblock ni memang senang untuk kita bawa kemana-mana.

Tapi bagi saya product ini masih ada kekurangannya,spf 50 yang disediakan masih tidak cukup untuk melindungi muka dari sinar cahaya matahari yang berbahaya especially dengan cucaca malaysia yang panas terik


gamba ni saya snap betul2 lepas saya pakai sunblock Biore aqua water base dengan face powder dari jenama oxy


Saya rindu kamulah!!!

Saya rindu KAMULAH!!!jerit lah sekuat mana pun,tapi kalo sekadar jerit didalam hati,hurmm..tak kemana nya jeritan tu.Nak diluahkan, mulut dah macam kene tempel dengan gam uhu ,bak kata pepatah melayu, hati kata rindu  tapi mulut kata malu.Bukan senang kan untuk kita katakan kepada "si dia " yang kita rindu kan dia ,lagi-lagi kalo 'feeling rindu' tu hanya dirasakan sebelah pihak,ahaaa.Jadinya apa yang perlu kita lakukan kalo rasa rindu itu datang .Penyelesaian untuk masalah ini amat mudah dan simple,sampaikanlah rasa rindu  itu melalui doa untuk si dia

Saya yakin,doa yang tulus yang ikhlas datang dari hati,insyallah akan dikabulkan.Dan satu lagi,persoalan 'siapa dia jodoh kita ?' tak perlu lah kot untuk kita pikirkan terlampau sangat sampai kita terlupa ada satu cinta yang perlu kita cari dan kejar iaitu cinta dari ALLAH yang mencipta rasa cinta yang indah itu sendiri .

                                 

Monday, May 21, 2012

Dalacin-t,no more pimples



Hari ni mira nak bercerita sedikit mengenai produk yang anda lihat diatas,iaitu dalacin-t.Untuk pengetahuan semua,dulu mira memang mempunyai masalah jerawat yang sangat serius,tak tahu kenapa mungkin disebabkan hormon yang tak stabil lagi,.Agak lama juga mira  mempunyai masalah jerawat ni,bayangkan daripada umur mira 15 sampai umur mira 18 tahun jerawat mira ni tak sembuh-sembuh.Alhamdulilah, sekarang selepas mira gunakan produk dalcin-t ni dalam  jangka masa 6 bulan dan diberi ubat antibiotik untuk mengstabilkan hormon, muka mira memang dah licin daripada sebarang jerawat,melainkan kalo datang period, ada lah satu dua ketul jerawat yang akan mendarat kat muka mira,standard lah tu kan.Harga dalacin-t ni agak mahal lah jugak,tapi ubat ni memang berbaloi untuk dibeli sebab hasil yang diberikan memang terbaik.Ubat ni kita pakai dia ala-ala pakai toner ,kita boleh apply ubat ni pagi dan malam dan yang paling penting kita kena rajin jaga muka,jangan lupa untuk basuh muka selepas kita bangun tidur pagi dan sebelum kita tidur malam.Mira harap sangat produk yang mira syorkan ni dapat membantu anda semua menyelesaikan masalah jerawat anda :)







Friday, March 18, 2011

my little bambam

baby ni sebenarnya anak buah mira ,nama dia arfan tapi kalau dekat rumah mira
panggil dia bambam,sebab dia sangat tembam plus montel,kalau duduk dekat2 dengan
bambam ni,memang tangan mira tak boleh duduk diam,mesti nak gerak2 cubit pipi dia.





bambam ni dia suka isap tangan,mungkin tangan dia rasa coklat cadbury kot,tu yang

suka sangat isap tangan :)







bambam ni dia pandai mengeluh tau,kalau dia penat main mesti dia buat bunyi mengeluh
,tiut sangat bila dia buat bunyi tu.Sekarang kan drama kejora dan bintang tengah disiar
dekat chanel astro ria,asal dengar je lagu opening drama tu ,mesti bambam focus semacam,
suka lah kot dekat lagu tu,i guess so :)

Wednesday, March 9, 2011

Godek2 bersama DSLR


Hari tu kan mira ada cerita pasal camera DSLR dalam entry sebelum ni, so dengan excitednya

hari ni mira akan kasi korang tengok hasil gambar2 yang mira dengan tuan punya camera ni dah

snap =^.^= Gambar2 yang mira nak tunjuk ni , kitorang snap masa off light,kiranya

suasana sekitar mira gelap lah masa tu dan mira try buat corak guna cahaya dari phone .

Kiranya ala2 light graffic gitu....hehehe."perasaan,light graffic lah kononya"




Nikon D700.Kamera ni lah yang mira gunakan




cuba korang teka corak apa ni....apa korang
tak tahu....sedih ಥ_ಥ 




Terang lagi bersuluh mira tengah buat bentuk
love




Yang ini corak apa?.Mira sendiri tak tahu,
main pakai buat je






Okey bagi sape2 yang tak tahu light graffic tu ape ,mai mira tunjuk contoh gambar2 light graffic
ni 






Yang mira tunjuk ni memang sangat2 gempak lah kan ,memang kalo nak diikutkan mira
nya gambar tu cuma sebahagian daripada gambar2 pecisan je lah (╥﹏╥)

Setakat ni jelah dulu entry mira.Lain kali mira cerita lagi.bye2